Soal Jawab Keladi Tikus - Keladi Tikus Malaysia HQ - Asli Mengandungi Buku Rujukan (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)

Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
STF Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia Mengandungi Buku Rujukan, Dapatkan Terus Melalui Menu Pembelian Di Bawah atau Whatsapp HQ 010-902 7915
Go to content
Keladi Tikus


Makluman
Untuk keberkesanan yang menyeluruh serta hasil yang paling optimum, kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian herba Keladi tikus yang terdapat pada STF serta TF Keladi Tikus Plus Aprikot sahaja, keluaran asli mempunyai buku rujukan di dalam setiap kotak. Dapatkan stok anda melalui baner paling bawah atau klik di sini.



  • Pantang larang makan keladi tikus
Terdapat beberapa pantang larang yang disarankan bagi mendapatkan kesan yang cepat dan optimum, antaranya adalah:

  1. Hindari gula putih. Pengambilan gula bukan sahaja dapat merancakkan lagi pertumbuhan sel kanser malah ia juga dapat menyumbang kepada beberapa jenis penyakit lain lagi, ia mungkin tidak menjadi masalah kepada mereka yang sihat namun gula perlu dielakkan oleh mereka yang telah terkena serangan.
  2. Elakkan makan nasi dan roti secara berlebihan. Nasi dan roti putih yang diambil akan ditukarkan kepada gula di dalam badan dan ianya akan menjadi sumber makanan kepada sel kanser, makan dalam kuantiti yang sedikit atau ganti dengan beras perang atau roti wholemeal dapat membantu mengurangkan risiko perkembangan sel kanser.
  3. Daging merah. Sebarang pengambilan daging merah atau produk yang berasaskan daging merah (termasuk barang dalam seperti hati, jantung, limpa, perut dsb) amatlah tidak digalakkan kerana ia mengandungi darah. Darah merupakan toksik yang dapat menyuburkan lagi sel kanser.
  4. Minuman segera 3-1. Apa-apa jenis kopi atau teh segera 3 dalam 1 mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi, ganti dengan teh tanpa gula atau air panas yang direndam halia hidup, selain dapat merawat secara semulajadi, ia juga dapat mengeluarkan angin di dalam badan.
  5. Produk tenusu (Kecuali yang disarankan oleh doktor). Pengambilan produk berasaskan tenusu seperti susu segar, keju, mentega boleh menghasilkan mukus terutamanya pada bahagian paru-paru dan juga usus, sel kanser akan memakan mukus ini dan boleh menjadikannya semakin aktif.
  6. Seafood. Makanan seperti sotong, ketam, udang, lobster, gamat dan kerang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi yang dapat menyuburkan lagi perkembangan sel kanser.
  7. Minuman berkafien. Minuman seperti Nesca**, Mil* atau minuman coklat yang kurang 70% kadar coklat adalah tidak disarankan kerana ia boleh menyebabkan sel kanser merebak dengan lebih cepat. Disarankan tukar kepada minuman asli seperti lemon, halia hidup dan jus buah-buahan tanpa campuran gula.
  8. Elakkan buah-buahan yang bergetah seperti nangka, duku, sukun kerana ia boleh menyebabkan kesakitan dan berdenyut.
  9. Ikan. Elakkan ikan yang berbisa seperti tongkol, sardin, selayang, pari, patin, dan keli. Makan ikan yang kurang berbisa sepeti kembong.
  10. Makanan segera. Elakkan sebarang jenis makanan segera samada di dalam tin, frozen seperti nugget dan seumpama termasuk juga di dalam paket seperti Magg**. Makanan terawet dalam tin seperti laici, nenas, longan di dalam tin, jagung, sardin juga perlu dielakkan  kerana ia mengandungi bahan pengawet yang mampu menyuburkan lagi sel kanser.
  11. Makanan berjeruk dan asin. Makanan seperti ikan masin, telur masin, ikan bilis, budu, cincalok, belacan juga perlu dielakkan. Jeruk buah, termasuk jeruk sayuran contoh seperti kimchi, timun, bawah, lobak jeruk (pickled vegetable) juga perlu dielakkan.
  12. Elakkan makanan bergoreng, terlalu pedas dan bersantan kerana lemak tepu yang terkandung di dalam makanan ini dapat menjadi makanan kepada sel kanser, ambil pada kadar yang sederhana sahaja.
  13. Elakkan mengambil keladi tikus bersama dengan air kelapa, ubi kayu, tembikai dan durian kerana ia boleh mengurangkan kesan ubat.

Makanan di atas masih lagi boleh diambil, namun pada kuantiti yang berpada-pada sahaja.


  • Yang ini dari HQ ke?
Ya, kami di Berkat Herba Nusantara merupakan pengeluar utama herba keladi tikus di Malaysia dengan ladang berkapasiti 5 ekar yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan.

  • Ada kajian ke?
Ya ada, kajian terhadap herba Keladi tikus ini bermula di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan diikuti dengan Universiti Putra Malaysia, selepas itu ianya telah dikaji oleh beberapa universiti di Indonesia (Universitas Gadjah Mada) dan juga di China.

  • Macamana nak tahu keluaran asli?
Setiap keluaran asli mengandungi buku rujukan di dalam setiap kotak dan juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, nombor kelulusan biasanya di tulis pada kotak dan botol, contohnya seperti STF, nombor pendaftaran dicetak pada kotak dan label botol, ini adalah jaminan kualiti bagi memastikan pengguna telah menggunakan keluaran asli dan terjamin.

  • Kalau terskip makan boleh sambung tak?
Ya boleh sambung balik pengambilan seperti biasa, tidak ada masalah.

  • Boleh ke hantar ke luar negara?
Ya boleh, untuk penghantaran ke luar negara kami biasanya menggunakan perkhidmatan GDExpress.

  • Boleh ke nak ambil dengan ubat lain?
Ya boleh diambil bersama dengan ubat lain dengan jarak 1 jam, sebelum atau selepas pengambilan.

  • Berkat Herba Nusantara dah berapa tahun jual keladi tikus?
Secara rasminya kami sudah beroperasi selama 9 tahun dan telah membekalkan herba ini ke seluruh tanah air, termasuk ke negara jiran seperti Brunei serta Singapura.

  • Macam mana nak tahu yang kita dah terkena serangan?
Hanya pakar sahaja yang boleh mengesahkan keadaan tersebut dengan beberapa kaedah ujian dan ianya perlu dibuat di hospital.

  • Berapa lama perlu guna STF untuk dapatkan hasil?
Kesan penyembuhan adalah tidak sama di antara individu, ada yang cepat dan ada yang lambat, namun kebanyakan pengguna dapat melihat perubahan dalam tempoh masa 6 bulan ke 2 tahun, dengan penggunaan yang berterusan.

  • Selepas sembuh, perlu ke maintain pengambilan?
Ianya terpulang kepada pengguna, namun disarankan diteruskan pengambilan dengan dos yang lebih rendah.

  • STF ada kesan sampingan tak?
Penggunaan STF tidak menyebabkan sebarang kesan sampingan, namun jika pengguna mengalami sebarang kurang selesa, boleh kurangkan dos sehingga simptom hilang.

  • Dimana saya boleh beli STF ni?
STF boleh dibeli melalui sistem ecommerce rasmi yang ada pada laman web ini atau melalui whatsapp 010-902 7015, untuk pembelian boleh klik di sini

  • Macam mana nak jadi agen?
Untuk menjadi agen/stokis, boleh whatsapp HQ 010-902 7915

  • Berkat Herba Nusantara ada keluaran lain tak selain STF dan TF Keladi Tikus Plus?
Buat masa ini kami tidak mempunyai keluaran selain daripada STF dan TF Plus, ini bagi memberi tumpuan kepada pengeluaran agar kualiti yang ada pada keduanya kekal berada pada tahap paling tinggi.

Back to content