Keladi Tikus > Jenis Kanser
Sarcoma
Merupakan kanser jenis malignant yang terbentuk pada tisu yang bersambung (connective tissue) seperti tulang dan juga tisu lembut yang ada pada badan manusia, ini termasuklah pada daging, lemak, saluran darah serta saluran kelenjar. Walaupun diklasifikasikan sebagai kanser yang jarang berlaku, sarcoma mempunyai lebih dari 50 jenis dan biasanya terbahagi kepada dua kategori; jenis yang tumbuh pada tisu lembut seperti daging dan jenis yang tumbuh pada tulang, ketumbuhan pada tulang biasanya dikenali dengan nama Osteosarcoma. Sarcoma boleh dirawat dan pada kebiasaannya pembedahan akan digunakan bagi membuang kawasan yang telah terkena jangkitan namun ia mampu menyerang kembali selepas beberapa tahun.
Risiko terjadinya sarcoma.
Tidak ada dokumen atau hujah kukuh mengenai punca sebenar kehadiran sarcoma pada tubuh manusia, namun terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko terjadinya serangan, antaranya adalah:
- Individu yang mempunyai pertalian darah dengan mereka yang pernah mengidap sarcoma.
- Individu yang penyakit tulang yang dikenali dengan nama penyakit paget.
- Individu yang mempunyai masalah genetik seperti neurofibromatosis, Gardner syndrome, retinoblastoma, atau Li-Fraumeni syndrome.
- Individu yang pernah terdedah kepada radiasi, biasanya pada sesi rawatan kanser sebelumnya.

Contoh sarcoma yang menyerang bahagian daging
Tanda-tanda sarcoma.
Sarcoma yang menyerang tisu lembut adalah sangat sukar untuk dikenali sehingga ianya membesar pada tahap mampu dikesan, ketumbuhan jenis ini mampu tumbuh pada mana-mana bahagian di dalam badan. Antara tanda awal kehadiran ketumbuhan ini adalah wujudnya ketulan namun tidak menyakitkan, pada saat ketulan itu telah besar, ianya akan menghimpit saluran darah atau otot sehingga menyebabkan ketidakselesaan atau kesukaran bernafas jika ia tumbuh pada sekitar paru-paru. Tidak ada kaedah khas untuk mengesan kehadiran awal ketumbuhan ini sehinggalah simtom kehadirannya dapat dikesan sepenuhnya.

USM temui Keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia 17/8/1998 Kredit USM Pulau Pinang - Tesis lengkap klik di sini
Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.