Kanser dan Keletihan - Keladi Tikus Malaysia HQ - Asli Mengandungi Buku Rujukan (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)

Keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
STF Kapsul Keladi Tikus Asli Malaysia Mengandungi Buku Rujukan, Dapatkan Terus Melalui Menu Pembelian Di Bawah atau Whatsapp HQ 010-902 7915
Go to content
Keladi Tikus > Kanser
Kanser dan keletihan
Ramai yang keliru antara letih dan penat, namun terdapat perbezaan antara dua keadaan ini. Penat adalah hasil daripada melakukan kerja yang menggunakan tenaga namun letih adalah satu keadaan dimana tenaga menjadi kurang tanpa sebab yang jelas dan tidak hilang dengan tidur. Mereka yang telah terkena penyakit kanser akan berasa letih walaupun tidak melakukan aktiviti yang lasak. Tubuh akan merasakan keletihan seolah olah suidah tidak ada tenaga yang tersisa si dalam tubuh, keletihan yang luar biasa ini biasanya akan berpanjangan sehingga 6 bulan dan ia bukan keletihan yang biasa, ia adalah keletihan emosi dan fizikal dimana ianya perlu kepada pemeriksaan kesihatan. ianya adalah keletihan berkaitan dengan kanser.

Keletihan ini akan berlaku sewaktu anda tidak mengetahui bahawa anda sudah terkena serangan kanser ataupun semasa sedang dalam rawatan, keadaan ini juga boleh berlaku semasa sedang dalam kimoterapi atau terapi radiasi, kesan ini boleh berlarutan beberapa minggu atau bulan selepas sesi rawatan selesai. Kanser sendiri boleh menyebabkan keletihan dan ia boleh mengganggu kehidupan seharian, hal ini boleh menjejaskan kualiti kehidupan, namun keadaan ini boleh diatasi jika diurus dengan betul.



Antara penyebab keletihan di kalangan pesakit kanser adalah:
  • Kebimbangan atau kemurungan yang melampau.
  • Kekurangan nutrisi, ketidakseimbangan elektrolit (tahap natrium, kalium, kalsium dan magnesium yang tidak normal)
  • Anemia: tahap sel darah merah yang rendah.
  • Tidak cukup tidur.
  • Kesan sampingan ubat.
  • Kesan kesihatan yang lain seperti masalah jantung, paru-paru atau hormon.

  • Aktif
Walaupun tubuh berasa letih namun perasaan itu tidaklah boleh dibiarkan berterusan, pesakit perlu juga bergerak, lakukan senaman seperti berjalan, berenang atau luangkan masa diu gym, Aktiviti fizikal ini merupakan salah satu daripada jalan yang terbaik untuk mengatasi keletihan berkaitan kanser. Lakukan senaman yang ringan terlebih dahulu sebelum beralih kepada yang lebih berat.

  • Berehat
Luangkan masa untuk berehat kerana rehat mampu berikan anda tenaga untuk terus bergerak. Jika anda berehat pada siang hari sila hadkan tidur kepada kurang dari 1 jam supaya tidur malam anda tidak terganggu dengan tidur yang panjang pada siang hari.

  • Makanan
Amalan makan dengan baik juga merupakan salah satu daripada salah satu kaedah untuk meningkatkan tenaga dalam tubuh. Kekalkan kadar nutrisi di dalam badan dengan mengambil makanan yang bersesuaian, elakkan daripada makanan segera, daging proses, gula berlebihan, ini dapat membantu anda mendapat khasiat yang diperlukan oleh tubuh. Mengambil makanan segera atau ringan tidak memberi manfaat kepada tubuh.

  • Tidur yang baik
Amalan tidur yang baik sangat membantu anda mendapatkan tenaga untuk hari seterusnya, tidur pada awal waktu dan tidak mengambil kafien (kopi @ teh) pada waktu petang sangat membantu untuk mendapatkan rasa mengantuk seawal mungkin. Jika anda berehat pada siang hari, pastikan anda tidur tidak lebih dari sejam.

  • Terapi urutan
Terdapat bukti kaedah urutan dapat membantu pesakit berhadapan dengan keletihan yang berkaitan dengan kanser. Terdapat kajian yang menunjukkan urutan boleh meningkatkan kualiti hidup pada mereka yang mengidap kanser sekaligus meningkatkan kualiti tidur.

Dapatkan rawatan bagi permasalahan tersebut, berbincang dengan doktor jika anda mengalami keletihan yang melampau terutamanya jika anda menggunakan ubat berasaskan narkotik. Penggunaan herba dapat mengurangkan rasa letih yang melampau, penggunaan herba yang mampu merawat kanser dapat memberi tenaga secara berperingkat.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

Back to content