Keladi Tikus > Diabetes
Apakah itu Kencing manis?
Secara amnya, diabetes (kencing manis) merupakan gangguan gula dalam darah (glukosa) dan juga insulin. Penyakit diabetes terjadi apabila pankreas tidak dapat memproses insulin dengan kadar yang diperlukan oleh tubuh atau tubuh mempunyai rintangan terhadap insulin yang dihasilkan oleh pankreas menyebabkan berlakunya lambakan (peningkatan) gula di dalam darah. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula secara berterusan.

Diabetes jenis 2
Diabetes jenis 2 terjadi apabila berlaku kecacatan pada pengeluaran insulin oleh pankreas atau terjadinya rintangan insulin oleh tubuh (tubuh menjadi kalis insulin). Apabila keadaan ini berlaku, pankreas akan bekerja dengan lebih kuat bagi menghasilkan insulin, keadaan ini biasanya akan terjadi pada permulaan serangan diabetes. Diabetes jenis 2 ini kerap menyerang mereka yang berumur 30 tahun keatas di seluruh dunia. Di Malaysia, diabetes jenis 2 ini biasanya menyerang mereka yang berusia dan berumur.
Tanda-tanda diabetes jenis 2
Tidak ramai yang menyedari bahawa mereka sebenarnya telah diserang oleh diabetes jenis 2 ini, dan tanda-tanda diabetes jenis ini biasanya tidak terlalu jelas kelihatan, antaranya adalah:
- Sering haus
- Kerap kencing
- Penglihatan menjadi kabur
- Kebas pada bahagian kaki dan tangan
- Cepat letih
- Luka yang tidak sembuh
- Jangkitan kulat yang berterusan pada kulit
- Kehilangan berat badan tanpa bersenam
Penyebab kencing manis jenis 2
Pada kebiasaannya, terdapat beberapa faktor utama yang menjadi penyebab serangan diabetes, dan antara yang dikenalpasti adalah:
- Genetik - para doktor telah menemui pelbagai DNA yang mempengaruhi tubuh individu di dalam menghasilkan insulin, dan mereka yang mempunyai sejarah keturunan dilihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat serangan berbanding mereka yang tidak mempunyai sejarah keturunan diabetes.
- Berat badan berlebihan - kegemukan boleh menyebabkan ketahanan insulin, mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan bukan sahaja berisiko tinggi terkena serangan kencing manis malah mereka juga terdedah kepada kanser dan juga sakit jantung.
- Lebihan gula dari hati - hati biasanya akan mengeluarkan glukosa apabila kandungan gula darah menjadi rendah, selepas makan, gula darah akan kembali naik dan hati biasanya akan mengurangkan pengeluaran gula ke dalam darah, namun hati sesetengah orang tidak, ianya terus menghasilkan gula ke dalam darah dan keadaan inilah yang menyebabkan terjadinya diabetes.
- Komunikasi yang salah antara organ - penghantaran maklumat yang salah antara hati dan juga pankreas boleh mempengaruhi pengeluaran insulin, reaksi rantaian yang salah ini boleh menyebabkan lambakan glukosa di dalam darah yang boleh menyebabkan serangan diabetes.
Tidak bersenam, merokok, kurang atau terlebih tidur dan stress dipercayai turut menjadi menyumbang kepada serangan diabetes jenis ini.
Rawatan
Selain penggunaan insulin, terdapat beberapa kaedah yang berkesan bagi mengawal diabetes jenis 2 ini, ia merangkumi pengurusan gaya hidup dan pengambilan ubatan semulajadi, antaranya adalah:
- Perubahan gaya hidup - bersenam sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari dapat mengawal dan membantu anda mencapai tahap gula darah sasaran, dengan melakukan senaman yang bersesuaian setiap hari akan membantu anda bukan sahaja mengawal kencing manis malah dapat menghindari beberapa penyakit kronik yang lain.
- Kurangkan berat badan - kurangkan berat badan sehingga 7% daripada berat sekarang adalah antara tindakan yang perlu dibuat oleh pengidap kencing manis, antara kaedah yang bolehh diambil adalah dengan mengawal pemakanan dan mula bersenam.
- Pemakanan sihat - kurangkan pengambilan karbohidrat dan gula boleh membantu anda mencapai tahap berat yang ideal, selain itu penambahan sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan dalam diet serta makan lebih banyak serat amat disarankan terutamanya bagi mereka yang mengidap diabetes.
- Penggunaan herba keladi tikus - kandungan anti-diabetik yang ada pada herba ini telah membantu ramai pengidap diabetes kembali mencapai tahap normal, selain mampu mengawal kencing manis dengan berkesan, sebatian beta yang terkandung padanya juga dapat mengembalikan tenaga dan juga selera pesakit. Kajian yang dijalankan terhadapnya mendapati penggunaan herba ini mampu menstabilkan kandungan gula di dalam darah secara efektif dan semulajadi dengan menstabilkan penghasilan gula daripada hati.
Terdapat kajian berskala besar yang telah dijalan terhadap herba keladii tikus ini, antaranya adalah daripada Universiti Putra Malaysia dan juga Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang bagi mengkaji komponen anti-diabetik yang terdapat padanya. Kandungan aktif utamanya bukan sahaja mampu merawat kanser malah ianya turut digunakan sebagai salah satu daripada kaedah semulajadi mengawal diabetes dengan amat efektif. Pengguna biasanya merekodkan bacaan gula dalam darah sebelum dan selepas mengambil STF keladi tikus ini dan kebanyakan daripada mereka melihat perubahan yang sangat signifikan selepas 6 bulan penggunaan.
Tesis ijazah kedoktoran: Keladi tikus anti diabetik
Makluman
Kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian STF Kapsul Keladi Tikus Premium dan TF Kapsul Keladi Tikus Plus Aprikot yang mengandungi buku panduan sahaja, tidak ada jaminan keaslian bagi keluaran yang lain dan sebarang penggunaan adalah dibawah tanggungjawab sendri. Sayangi diri, dapatkan keluaran berdaftar dan asli melalui baner di bawah.